:

Rabu, 15 Julai 2009

TASKA RAKAN BAYI

Andainya semua majikan menyediakan tempat TRB ni mesti bayi2 sihat-sihat belakan kan...kan..kan... baca lah.....

JABATAN Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya baru-baru ini melancarkan projek Taska Rakan Bayi (TRB) bertujuan menggalak ibu bekerja menyusui anak mereka secara eksklusif selama enam bulan. Senario ini dilihat sebagai satu langkah proaktif terhadap usaha mempergiatkan kempen menyusu badan.

Menyedari wujud keazaman ibu untuk menyusukan bayi mereka sepenuhnya walaupun selepas si kecil berusia enam bulan, ada pihak pengurusan taska menyediakan kemudahan berkenaan dalam usaha menyokong kempen penyusuan ibu secara eksklusif. Malah, ada majikan turut memandang positif terhadap kempen berkenaan dengan menyediakan TRB di syarikat mereka untuk kemudahan kakitangan menghantar bayi dan boleh dikunjungi ketika tengah hari.

Jabatan Kerja Raya Malaysia, Sime Darby Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Berhad antara badan korporat yang menyediakan TRB untuk kemudahan kakitangan mereka. Kenyataannya, konsep bayi dijaga sempurna dan ibu berpeluang menyusukan bayi walaupun di tempat bekerja ternyata menyediakan persekitaran kerja yang menyenangkan ibu dan wanita mungkin menjadi lebih produktif terhadap tugas di tempat kerja kerana mengetahui TRB yang dipilih adalah mesra bayi,

Penyusuan secara eksklusif: Taska mesra bayi dan ibu sedia kemudahan tempat menyusu

DARI jauh sudah kedengaran suara riuh rendah kanak-kanak bergelak ketawa diselang-seli dengan suara orang dewasa. Sesekali terdengar juga suara bayi ketawa diagah dan deraian barang mainan dituang dari bekas memenuhi suasana Taska Rakan Bayi (TRB) di Klinik Kesihatan Jinjang.

Sekali pandang memang tiada sebarang keistimewaan di taman asuhan kanak-kanak (taska) berkenaan, tetapi sepanjang kunjungan penulis dan jurugambar, kami dapat melihat sambutan hangat dan tindak balas yang begitu memberangsangkan daripada hampir 16 penghuni kecil berusia tiga bulan hingga empat tahun di situ.


Ternyata penghuni kecil di situ semuanya cergas dan aktif bermain sesama sendiri sambil menunjukkan minat ketara terhadap kamera jurugambar. Si kecil, Emier Danish Ramzi yang baru berusia setahun, begitu teruja dengan peralatan baru ditemui kerana beliau asyik membelek dan melihat penuh minat kamera jurugambar. Begitu juga dengan Nurul Aimi Fuziana Mohd Faizul, sembilan bulan, yang leka bermain lego. Di satu sudut pula, Syazwina Faizal, empat tahun, memberikan sepenuh perhatian terhadap usaha membina bangunan daripada lego.

Ketiga-tiganya mendapat bekalan susu ibu sepenuhnya sejak mereka dilahirkan dan kini mereka membesar dengan ceria, aktif dan jarang mendapat serangan penyakit berbanding kanak-kanak sebaya. Itulah kelebihan TRB yang menekankan penyusuan ibu secara ekslusif sejak bayi dilahirkan bagi menjamin tumbesaran bayi supaya sempurna seterusnya menjadi kanak-kanak cergas dan sihat.

Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Jinjang, Dr Inthirani Selvarajah, berkata TRB diwujudkan bertujuan menggiatkan polisi penyusuan susu ibu secara ekslusif khusus bagi ibu seluruh Malaysia bagi menekankan kepentingan khasiat susu ibu yang dijamin baik untuk bayi mereka.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua taska menyediakan situasi yang selesa untuk ibu menyusui bayi mereka ketika berkunjung pada waktu rehat.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Mohd Nabil

Mohd Nabil

Blog Archive

~~The Way They Sleep Giveaway~~

~~The Way They Sleep Giveaway~~

Banner

create your own banner at mybannermaker.com!

Catatan Popular